Ekonomi Balochistan (Pakistan)

Ekonomi wilayah ini bergantung kepada pengeluaran gas asli, arang batu dan bahan-bahan mineral. Di luar Quetta, kemudahan infrastruktur telah dibangunkan secara beransur-ansur akan tetapi masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bahagian-bahagian lain di Pakistan. Sektor pelancongan masih lagi terhad tetapi semakin meningkat disebabkan pemandangan eksotik wilayah ini. Kegiatan terhad pertanian di timur dan perikanan sepanjang pantai Laut Arab merupakan sumber pendapatan dan pendapatan kepada penduduk tempatan. Oleh kerana cara hidup kebanyakan puak Baluch dan Brahui, penternakan haiwan adalah penting dan bazar-bazar perniagaan boleh didapati di seluruh wilayah.

Walaupun wilayah ini masih belum membangun, terdapat beberapa projek utama sedang dijalankan di Balochistan, termasuk pembinaan pelabuhan laut dalam di lokasi bandar penting dan strategik, Gwadar.[14] Pelabuhan ini dijangka akan menjadi pusat koridor tenaga dan perdagangan ke dan dari China dan republik-republik Asia Tengah. China banyak memainkan peranan dalam projek ini, yang mana memungkinkan Gwadar menjadi sebagai pangkalan perdagangannya di Laut Arab.[15] Jumlah keseluruhan projek dianggarkan melebihi AS$ 2 bilion. China juga telah melabur dalam projek lebuhraya pantai yang menghubungkan Gwadar dengan bandar terbesar di Pakistan, Karachi.[16]

Jauh ke barat adalah projek pelbagai guna Empangan Mirani[17], yang merentangi Sungai Dasht, 50 kilometer ke arah barat Turbat din Divisyen Makran. Empangan ini akan menyediakan sumber pengairan bagi membangunkan pertanian dan akan menambah lebih daripada 35,000 kmĀ² tanah pertanian. Terdapat juga penglibatan China dalam projek perlombongan tembaga dan emas berdekatan kawasan Saindak.

Rujukan

WikiPedia: Balochistan (Pakistan) http://www.isn.ethz.ch/news/sw/details.cfm?ID=1664... http://www.atimes.com/atimes/South_Asia/GC04Df06.h... http://www.balochistaninfo.com/200604/BalochNation... http://paki.in/wtf/2008/04/23/baloch-liberation-fr... http://english.aljazeera.net/NR/exeres/B5FBCC54-A8... http://www.asianresearch.org/articles/2528.html http://dmoz.org/Regional/Asia/Pakistan/Provinces/B... //ms.wikibooks.org/wiki/Special:Search/Balochistan... //commons.wikimedia.org/wiki/Special:Search/Baloch... //ms.wikinews.org/wiki/Special:Search/Balochistan_...